Tips Kuruskan Badan dengan Mudah


Anda tidak perlu menyeksa diri untuk menjadi kurus. Tidak perlu tahan lapar, berpenat lelah dan belanja besar.

Sini saya kongsikan cara terbaik untuk kuruskan badan tidak kira lelaki, wanita, remaja atau kanak-kanak.
Ia sangat-sangat berkesan jika anda ketika ini tergolong dalam kumpulan ‘Berat badan berlebihan‘.
Nota: Saya dah ikuti tips ini lebih 8 Bulan. Hilang 24Kg. Tapi lepas berat maintain…Mungkin dah habis segala lemak.
Ikuti dengan jujur dan konsisten anda pasti jadi kurus!

Sebelum bermula anda kena…

PERTAMA – Tandakan dalam kalendar anda:
  • Tarikh mula: Tarikh anda baca post ini.
  • Tarikh tamat: Selepas 6 bulan
KEDUA – Catatkan berat anda sekarang dalam kalendar tersebut.
Ambil berat berikutnya selepas sebulan dan bulan-bulan berikutnya hingga genap 6 bulan.
(Boleh tapi tidak digalakkan mengambil berat tiap-tiap hari…)
KETIGA – Buat checklist harian.
Masukkan semua tips yang akan dibincangkan dibawah nanti dalam checklist anda.
Cuba sehabis baik untuk patuhi checklist tersebut.
Awal-awal memang sukar, tapi jika anda berjaya lakukan dalam masa 30 hari (sebulan) ia akan menjadi kebiasaan dan anda akan melakukannya tanpa sedar.

Mari lihat tips-tipsnya:

TIPS 1TIDUR CUKUP 7 JAM

Perkara paling penting yang selalu kita abaikan.
Dewasa ini, masa sering tidak mencukupi bagi kita.
Bila kali terakhir anda tidur nyenyak dengan cukup lebih dari 7 jam?
Bila tidur tidak cukup:
Tidak balas badan terhadap hormon insulin berkurangan.
Akibatnya, transfomasi sel lemak ke bentuk tenaga menjadi rendah
Kandungan gula dalam darah kekal tinggi.
Lebihan lemak dan gula tersebut menyebabkan lebih banyak penghasilan hormon insulin
Dan akhirnya insulin berlebihan ini menyebabkan badan anda mula menyimpan lemak.
Bukan setakat itu sahaja.
Ada dua lagi hormon yang akan terganggu: Hormon leptin dan ghrelin.
Ini menyebabkan anda rasa lapar berlebihan dan kurang puas hati dengan apa yang dimakan.
Belum habis lagi.
Bila kurang tidur, hormon cortisol meningkat.
Ini yang paling kita tidak mahukan.
Peningkatan ini menyebabkan otak mengeluarkan signal untuk makan dan terus makan.
Pada masa yang sama menghalang pemecahan lemak ke bentuk tenaga sebaliknya merangsang penukaran sel otot kepada tenaga!
Pendek kata Tidur cukup 7+ jam agar tidak gemuk.

TIPS 2MINUM AIR SECUKUPNYA

Air membantu metabolisma badan kita berjalan dengan lancar.
Apa kena mengena metabolisma dengan gemuk?
Pemecahan lemak (penukaran lemak ke bentuk tenaga) adalah proses metabolisma.
Bila cukup air dalam badan proses ini berjalan dengan lancar.
Sebaliknya, bila kurang air proses ini akan menjadi perlahan.
Lagi satu, minum air akan mengurangkan rasa lapar.
Ini akan mengurangkan kuantiti makanan yang kita ambil dan seterusnya mengurangkan pengambilan kalori harian.
Berapa banyak air yang kita harus diminum sehari?
Dalam fikiran anda mesti 8 gelas sehari bukan?
Anda boleh ikut prinsip tersebut. Tidak ada masalah.
Tidak ada jawapan yang tepat untuk semua orang kerana ini bergantung kepada faktor-faktor seperti jantina, berat badan, aktiviti harian dan sebagainya.
Mereka yang kuat bersukan atau ibu yang menyusukan anak memerlukan lebih daripada 8 gelas air sehari.
Berikut tips yang boleh dijadikan panduan untuk memastikan anda cukup minum air:
  • Minum segelas air setiap jam
  • Pastikan air kencing anda berwarna jernih (bukan kuning)
  • Minum air setiap kali sebelum anda mengambil makanan
  • Lebihkan minum air jika anda kuat & banyak berpeluh
  • Lebihkan minum air jika anda aktif atau menyusukan anak

TIPS 3MINUM AIR SEBELUM MAKAN

Ambil segelas air setiap kali sebelum anda makan.
Seperti yang kita bincangkan pada tips sebelumnya, minum air sebelum makan menyebabkan kuantiti makanan yang kita ambil kurang.
Kajian mendapati dengan meminum air segelas sebelum makan, kita akan mengambil 75 kalori kurang daripada biasa.

TIPS 4TIADA MINUMAN BERGULA

Kurangkan atau hentikan sama sekali.
Gula berlebihan merupakan faktor utama masalah berat badan berlebihan.
Minuman bergas (cola, pepsi), minuman 3 in 1, milo susu dan sebagainya.
Gula mengandungi sangat banyak kalori hingga tak terhabis guna oleh badan.
Bila berlebihan ia akan di simpan dalam bentuk lemak untuk kegunaan masa depan.
(Yang mana tak terguna-guna pun..)
Secara puratanya, sebanyak 330 kalori dapat dikurangkan setiap hari jika kita berhenti mengambil minuman bergula.
Ini bersamaan dengan pengurangan berat badan sebanyak 15kg dalam masa setahun!
Kesimpulannya, hentikan pengambilan minuman bergula dan gantikan dengan air biasa.

TIPS 5NO “TAMBAH NASI”

Nasi ditukar menjadi gula dan jika berlebihan akan disimpan sebagai lemak.
Lagi baik jika anda dapat kurangkanya menjadi “nasi setengah”.

TIPS 6MAKAN LEBIH SAYUR DAN BUAH

Bila kita kurangkan nasi dan lebihkan buah/sayuran, rasa kenyang tetap sama disebabkan oleh kandungan air dan serat dalam sayur/buah.
Rasa kenyang yang sama tetapi kandungan kalori yang kurang.
Bila kalori kurang, badan kita tidak ada jalan lain melainkan terpaksa memproses lemak simpanan.
Maka kuruslah kita…

TIPS 7KELUARKAN PELUH

Dan tips kuruskan badan yang terakhir, keluarkan peluh @ bersenam.
Tidak bermaksud and perlu jogging, senam robik atau angkat berat…
(Memang sangat baik jika anda dapat laukan senaman tersebut)
Dengan keadaan harian kita yang sibuk, terdapat banyak cara lain untuk keluarkan peluh contohnya:
  • Parking kereta jauh dari tempat yang kita tuju agar boleh berjalan kaki
  • Naik tangga, jangan pilih lift
  • Squat di pejabat. Bangun dan duduk dari kerusi
Dan banyak lagi bergantung pada kreativiti anda.
Untuk pengetahuan bersama aktiviti harian dirumah seperti:
  • Membersihkan kamar mandi / tandas
  • Membersihkan tingkap
  • Mencuci piring
  • menyapu rumah
  • bermain dengan anak
  • Berkebun
Juga merupakan senaman yang baik.
Amalkan 7 tips kuruskan badan ini setiap hari. Jadikan ia habit anda. Selepas 6 bulan anda pasti nampak hasilnya~
Kongsikan post ini!


Deina Slimax Juice diformulasi daripada 100% Bahan Semulajadi untuk TURUNKAN BERAT BADAN ANDA

 

KANDUNGANNYA


πŸ‹ Lemon
🌿 Daun Pudina
πŸ’ Acai berry
🍁 Asam keping
🌿Teh Hijau
🌳Mangga



RAMAI PENGGUNA WANITA DAN LELAKI

DAH TURUN BERAT BADAN

ANDA BILA LAGI??

 

πŸ‘‰ Lihat testimoni turun berat badan >>Klik Sini<<

DAN JUGA SELESAI MASALAH 

πŸ‘‰ Testimoni selesai masalah haid >>Klik Sini<<

πŸ‘‰ Testimoni perut kempis >>Klik Sini<<

πŸ‘‰ Testimoni tambah susu badan >>Klik Sini<<

 


KENAPA PILIH JUS DEINA


BANYAK FUNGSI DALAM SATU, ANDA DAH JIMAT WANG, MASA DAN TENAGA UNTUK CARI BANYAK PRODUK DALAM SATU !!!! 


INI MANFAATNYA :
☑️ MELANCARKAN haid yg tak teratur
☑️ MENURUNKAN berat badan
☑️ MENGEMPISKAN perut boroi
☑️ MENGAWAL selera makan
☑️ RASA kenyang sentiasa
☑️ 5x MEMBAKAR lemak degil
☑️ KECILKAN peha dan punggung
☑️ TAK PERLU berlapar dan bersenam
☑️ LAKI DAN WANITA boleh minum
☑️ RASA JUS MANGGA
▶️ No pendaftaran SSM : 1165068-P
▶️ No Rujukan KKM : 260716/06/110
▶️ 1 Botol Tahan 25 hari (250ml)
❤️ Jika STOP Deina, berat tak naik
❤️ Tiada kesan sampingan 100% herba


MANFAAT JUS DEINA

JUS DEINA

KINI


jus deina

DAPATKAN SEGERA

DENGAN POSTAGE PERCUMA

( KLIK DIBAWAH )

( HARGA PROMOSI )

100% ORIGINAL
HALAL
LULUS KKM
POS PERCUMA
ADA FREE GIFT
 

❤️ CARA MINUM ❤️

✅1 SUDU SEBELUM SARAPAN

✅1 SUDU SEBELUM DINNER

 

SEBARANG PERTANYAAN
KLIK WHATSAPP

BOLEH SAYA BANTU ANDA ( SILA ISI BORANG DIBAWAH SECARA PERCUMA )

Artikel Popular

Keberkesanan produk ini bergantung kepada kesesuaian individu. Setiap hasil dari pengguna adalah berbeza bagi setiap individu. Produk ini akan memberikan kesan terbaik sekiranya pengguna mengamalkan dengan cara yang betul berdasarkan banyak testimoni yang diperolehi. Kami berikhtiar, Tuhan yang menyembuhkan.Tips dan panduan saya sediakan berterusan.

Produk Deina Global Sdn Bhd
My Ping in TotalPing.com